Monday, July 28, 2008

Malaysiakini pada 27 Julai 2008, mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh Mohd Osman Abdul Hamid (Doktor Hospital Pusrawi) yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan. Laporan itu menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa. Saiful Bukhari dikatakan menjalani pemeriksaan di Hospital Pusrawi terlebih dahulu sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu Datuk Dr Abdul Latif (Timbalan Menteri Kesihatan menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful adalah berniat jahat bagi beri gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. “Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya. (Gambar: Laporan yang didakwa oleh Malaysiakini). Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah . Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit. Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh dedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.Menurut satu sumber yang rapat dengan Saiful Bukhari, beliau mempertikaikan kesahihan laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful. Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, ia bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan. Katanya, jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah. Baca sumber asal di Agendadaily.com
Posted by azrinizam at 3:57 AM 2 comments
Monday, July 28, 2008

No comments: