Saturday, May 10, 2008

Karpal yang bebal

Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memberi keterangan kepada polis berhubung isu tindakannya mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak di Ibu Pejabat DAP di Green Hall, Pulau Pinang pada pukul 11.30 pagi esok.Tindakannya itu susulan satu laporan polis berkaitan isu itu oleh Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ramlan Ishak di Balai Polis Jelutong hari ini.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membantu siasatan mereka berhubung laporan polis berkenaan.
Beliau memberitahu, antara keterangan yang mahu dikemukakannya kepada pihak polis esok ialah mengenai cubaan pihak tertentu mempolitikkan isu tersebut sejak beberapa hari lalu.
"Saya bercakap berlandaskan undang-undang mengikut Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan dan apabila mengutarakan sesuatu isu, saya telah menelitinya terlebih dahulu.
"Mereka tidak faham undang-undang tetapi mempertikaikan perkara ini, seolah-olah cuba mempolitikkan. Inilah antara keterangan yang akan saya beri kepada polis esok," jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pudu di sini hari ini.

Inilah sifat orang bebal yang tidak tahu menghornati hak orang lain..Dia bercakap berdasarkan sudut undang-undang dan mengenepikan kepentingan moral.. Harap pihak polis dan peguam negara dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap orang yang angkuh dan bebal ini. Tidak tahu bersyukur hidup dalam negara yang aman dan makmur. Kalaulah tok nenek Karpal Singh tak berhijrah ke Tanah Melayu satu masa dulu,agaknya siapakah Karpal Singh sekarang?...

2 comments:

Amir Abdullah said...

Nampaknya Sidang Parlimen masih tertumpu kepada isu-isu yang tidak begitu berkait rapat sangat dengan rakyat.

Pasal Karpal ni, tak usahlah dilayan sangat kot, dah memang dia macamtu. Mungkin apa yang cuba dikatakan ialah kenapa karpal ni suka sangat nak cari publisiti?

Harapnya selepas ini, sidang boleh menumpukan kepada isu kenaikan harga barang... tak pun pasal nak turun harga tol tu.

Apa pun tahniah.
--- Kongsilah Ilmu untuk semua

Panglima Perang Cyber said...

Mari bersama menjadi tentera alam siber yang akan sentiasa mempertahankan negara bangsa dan agama dari ancaman ancaman luar dan dalam Malaysia.

Berusaha menjadi pahlawan yang menyerang menyerang setiap yang tidak setia kepada bangsa agama dan negara Malaysia melalui penulisan yang tidak berasas dan berbaur fitnah.

Ayuh, marilah blogger kita semua berjuang menjatuhkan 'musuh musuh negara ' sekelian !!!!