Saturday, May 10, 2008

Karpal yang bebal

Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memberi keterangan kepada polis berhubung isu tindakannya mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak di Ibu Pejabat DAP di Green Hall, Pulau Pinang pada pukul 11.30 pagi esok.Tindakannya itu susulan satu laporan polis berkaitan isu itu oleh Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ramlan Ishak di Balai Polis Jelutong hari ini.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membantu siasatan mereka berhubung laporan polis berkenaan.
Beliau memberitahu, antara keterangan yang mahu dikemukakannya kepada pihak polis esok ialah mengenai cubaan pihak tertentu mempolitikkan isu tersebut sejak beberapa hari lalu.
"Saya bercakap berlandaskan undang-undang mengikut Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan dan apabila mengutarakan sesuatu isu, saya telah menelitinya terlebih dahulu.
"Mereka tidak faham undang-undang tetapi mempertikaikan perkara ini, seolah-olah cuba mempolitikkan. Inilah antara keterangan yang akan saya beri kepada polis esok," jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pudu di sini hari ini.

Inilah sifat orang bebal yang tidak tahu menghornati hak orang lain..Dia bercakap berdasarkan sudut undang-undang dan mengenepikan kepentingan moral.. Harap pihak polis dan peguam negara dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap orang yang angkuh dan bebal ini. Tidak tahu bersyukur hidup dalam negara yang aman dan makmur. Kalaulah tok nenek Karpal Singh tak berhijrah ke Tanah Melayu satu masa dulu,agaknya siapakah Karpal Singh sekarang?...

Wednesday, May 7, 2008

Tindakan kurang ajar Karpal Singh


Kurang ajar sungguh Karpal Singh apabila mempersoalkan titah DYMM Sultan Perak yang mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran Yang DiPertua Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sikap biadap Karpal ini seolah mencampuri urusan pentadbiran Agama Islam di negeri Melayu..Siapa Karpal Singh untuk mempersoalkan titah Sultan Perak?..Apa sumbangan dia kepada negara ini?..Pemimpin-pemimpin Melayu terutama dalam pakatan pembangkang hanya mendiamkan diri sajakah selepas seorang bukan Melayu mempersoalkan titah rajanya?..Menteri Besar Perak, Ir Nizar masih mendiamkan diri. Adakah beliau bersetuju dengan tindakan sahabatnya dalam pakatan pembangkang ini?..Inilah akibat daripada kuasa Melayu yang semakin terhakis dan orang-orang bukan Melayu sudah berani mempersoal dan mencampuri urusan pentadbiran orang-orang Melayu..Sejauhmana penghinaan ini masih dapat diterima oleh orang-orang Melayu dan apakah tindakan selepas ini?..Melayu terkenal dengan kesetiaan kepada rajanya dan raja serta rakyat berpegang dan memahami konsep 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Tindakan Karpal jelas menghina dan mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat.

Thursday, May 1, 2008

ANAK MUDA KINI : ANTARA PERJUANGAN, PERSAINGAN DAN HARAPAN


Pernah Sukarno berkata ‘Jika diberikan aku seribu orang-orang tua nescaya aku tidak bisa berbuat apa-apa tetapi jika diberikan aku sepuluh orang muda nescaya aku akan bisa menggoncangkan dunia’. Ungkapan ini walaupun biasa kita dengar tetapi sengaja penulis lontarkan kembali supaya orang-orang muda yang seusia dan seangkatan dengan penulis menghayati maksud disebalik ungkapan tersebut. Jika yang memberi ungkapan itu orang biasa mungkin ia sekadar kata-kata sahaja tetapi siapa yang tidak kenal Sukarno seorang pemimpin besar Indonesia yang berjiwa radikal dan kerana jiwa radikalnya itu beliau dan rakan-rakan berjaya membebaskan Indonesia dari tangan penjajahan Belanda.

Umumnya kita tahu suatu ketika dahulu Sukarno pernah membawa Indonesia ke arah konflik dengan Malaysia melalui peristiwa Konfrontasi pada tahun 1963. Peristiwa ini telah menjadi sejarah hitam bagi kedua-dua buah negara yang sebangsa dan bersaudara ini disebabkan oleh perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Disini, bukan penulis ingin mengagungkan Sukarno yang telah memperkenalkan sistem NASAKOM (Nasional+Sosialis+Komunis) dalam pemerintahannya, tetapi sekadar tertarik dengan ungkapan yang dilontarkannya itu untuk anak-anak muda supaya anak-anak muda seperti penulis tahu akan peri pentingnya peranan yang dimainkan golongan ini dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah air.

Dalam konteks generasi muda, perjuangan harus diterapkan dalam diri mereka sejak dari awal-awal lagi bagi menjamin survivor sesebuah bangsa atau negara tersebut. Ini kerana mereka adalah generasi pewaris yang akan memacu negara pada masa hadapan. Dalam konteks ini generasi muda yang berpendidikan tinggi diperlukan bagi memimpin yang lain ke arah jalan yang lebih cemerlang. Dalam hal ini peranan mahasiswa merupakan satu aset yang harus digerakkan secara menyeluruh oleh semua pihak bagi menjamin kualiti generasi pada masa akan datang. Mahasiswa harus bersedia memainkan peranan yang lebih aktif dalam negara dan masyarakat agar masyarakat memandang tinggi terhadap golongan ini. Namun persoalan yang ingin dilontarkan disini ialah bersediakan mahasiswa sekarang ini memainkan peranan yang sebagaimana yang sepatutnya mereka mainkan?

Bagi individu seperti penulis yang baru sahaja menamatkan pengajian ijazah pertama, sudah tentulah yakin dan pasti akan mengatakan bahawa penulis bersedia untuk memainkan peranan yang aktif sebagai generasi muda dalam negara ini. Ini kerana penulis telah melalui dan belajar tentang apa itu erti perjuangan semasa berada di bangku sekolah lagi dan sewaktu menjadi pemimpin pelajar di universiti. Jika sewaktu cuti semester, rakan-rakan lain sibuk mencari kerja sambilan menjadi guru, mengambil kesempatan mengajar tuisyen dan lain-lain bagi menambahkan wang saku, tetapi penulis dan beberapa rakan lain lebih rela menggerakkan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan ke seluruh negara bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa tidak hanya duduk diam di universiti. Bukanlah kami ingin menunjukkan hebat dikalangan masyarakat tetapi sekadar ingin menjalankan peranan dan tanggungjawab yang Allah S.W.T amanahkan kepada kita. Apalah yang hendak dikatakan hebat, seperti rakan-rakan lain juga dalam pasukan yang sama saku penulis juga tak berisi pada masa itu. Hanya membawa bekal ilmu di dada dan keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Kembali kepada persoalan tadi, bersediakah mahasiswa sekarang? Persoalan ini menjadi rujukan kepada penulis untuk meneruskan penulisan ini. Dunia pada hari ini telah mempersembahkan kepada kita akan cabaran hidup yang sangat tinggi. Dalam konteks dunia mahasiswa, cabaran yang paling utama ialah dalam mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka di universiti.

Ketika dalam tahun awal 60-an hingga 80-an, graduan-graduan universiti ibarat seperti pisang panas dalam dunia pekerjaan. Pendek kata, belum menjalani kertas terakhir dalam peperiksaan akhir tahun bagi menamatkan pengajian sudah ada pekerjaan yang dinanti. Ada yang lagi hebat dalam awal tahun-tahun tersebut ketika hari konvokesyen graduan-graduan ini sudah berbangga dengan datang dengan kereta-kereta besar. Bagaimana dengan graduan-graduan sekarang? Selain daripada terpaksa bersaing dalam mencari pekerjaan yang belum tentunya ada, graduan sekarang juga terpaksa berdepan dengan bebanan hutang pinjaman sepanjang pengajian mereka. Paling kurang bagi lepasan ijazah bebanan hutang yang terpaksa ditanggung ialah sebanyak RM 20 000. Bagi siswazah yang masih tidak mendapat pekerjaan ada yang terpaksa balik ke kampung dan meminta belas ihsan dari mak dan ayah untuk menanggung mereka. Tidak kurang juga ada yang terpaksa bekerja sambilan di kedai-kedai makan, pasar raya dan lain-lain pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakkan dan kemahiran bagi menampung hidup mereka. Tidak ketinggalan juga ramai yang bekerja kilang dan menjadi pengawal keselamatan. Senario ini sudah menjadi kebiasaan kini. Jangan kita cuba memperlekehkan seorang pengawal keselamatan di Putrajaya kerana kemungkinan mereka adalah pemegang ijazah dalam bidang perakaunan. Pekerja-pekerja yang bekerja stesen-stesen minyak juga jangan disangka lepasan PMR atau SPM sahaja, kemungkinan ada yang lepasan ijazah ataupun sarjana luar negara. Ini bukanlah cerita rekaan penulis kerana penulis pernah bertemu dengan seorang pekerja salah sebuah stesen minyak di Bangi yang mana beliau adalah lepasan Sarjana dari salah sebuah universiti di luar dan penulis merasakan beliau tidak berbohong apabila mendengar ceritanya. Ditambah penulis juga pernah bertemu dengannya sebelum ini kerana beliau pernah menyewa kereta penulis untuk pergi menghadiri temuduga.

Jika dipandang dari sudut positif, pengangguran di kalangan graduan ini memperlihatkan rakyat Malaysia ramai yang telah menjadi cerdik pandai dan menjadi masyarakat yang berilmu. Ini kerana pengangguran ini adalah disebabkan oleh terlalu ramai orang yang layak masuk universiti dan bilangan universiti atau pusat-pusat ilmu lain yang bertambah. Ini adalah petanda baik bagi mencapai masyarakat yang berilmu pengetahuan. Namun persepsi masyarakat pula perlu diubah berkaitan dengan tujuan masuk ke universiti. Jika dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an masyarakat akan berfikr bahawa jika masuk ke universiti akan mendapat pekerjaan yang baik bila keluar nanti, tetapi sekarang tidak lagi. Belajar ke universiti bukanlah bertujuan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan mendapat duit yang banyak tetapi tidak lebih dari sekadar mendapatkan ilmu. Ini kerana universiti bukanlah gedung untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan tetapi merupakan gedung untuk mendapatkan ilmu semata-mata. Oleh itu, sebagai mahasiswa kita harus berfikiran bahawa masuk ke universiti adalah untuk mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian di universiti untuk berdepan dengan saingan dunia global apabila keluar nanti.

Menyentuh topik mempersiapkan diri, apakah persediaan mahasiswa yang sepatutnya? Kerajaan telah menekankan dalan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9) tentang aspek pembangunan modal insan. Dalam konsep ini kerajaan ingin melahirkan kalangan mahasiswa yang berperibadi unggul atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Towering Personality”. Memetik kata-kata Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi….“ Yang saya sebut ‘towering personality’ ialah apa yang orang putih kata ‘stand tall’. Ertinya dia manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuannya tinggi, pencapaiannya tinggi, ketokohannya tinggi. Daripada segi keintelektualan dia pun tinggi. Satu kejayaan dan orang hormati. Manusia yang berhemah tinggi dari segala segi. Kehadiran dia diketahui, orang sedar dia ada, orang hormat, orang bangun melihat dia, itulah yang kita mahu. Jadi membina diri sendiri itu, kita mesti bermula dengan kesungguhan dan kekuatan dengan penuh disiplin untuk merubahkan diri kita daripada yang kurang maju kepada yang lebih maju. Semua ini mesti dilakukan dengan penguasaan segala ilmu pengetahuan, termasuk sains dan teknologi….”

Apa yang dimaksudkan Perdana Menteri itu ialah supaya rakyat Malaysia atau golongan muda terutamanya tidak hanya menguasai satu cabang ilmu semata-mata tetapi berkebolehan dari semua aspek kehidupan. Namun perlu diingat tidak juga hanya bertumpu dalam aspek kehidupan semata-mata juga berkaitan dengan aspek kerohanian. Galongan muda terutamanya golongan mahasiswa seharusnya menyahut seruan Perdana Menteri ini dengan menjadikan mereka seperti mana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Ini kerana dalam dunia hari ini, persaingan antara satu sama lain menjadi semakin sengit. jika kita tidak ke hadapan maka orang lain akan berlumba-lumba ke hadapan. Kita harus menghapuskan sifat malas,malu serta ambil mudah dan sentiasa menunjukkan kebolehan masing-masing. Perkara ini amat penting terutamanya melihat kepada faktor pengangguran mahasiswa kini yang semakin meruncing.

Salam Perkenalan


Sejarah Melaka bermula pada tahun 1411 asal anak raja dari kota Palembang. Berakhir setelah keagungan mencapai kemuncak hingga mengatasi Pelabuhan Venice di Eropah. Akibat sengketa sesama bangsa, akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis ketika usia keagungan mencapai 100 tahun pada tahun 1511. Malaysia kini mengjangkau usia hampir 51 tahun..Sengketa sesama kita sudah kerap berlaku sedangkan orang asing terus maju meninggalkan bangsa Melayu daripada pelbagai bidang terutama ekonomi mahupun sosial. Melayu kini hanya tinggal kuasa politik untuk menentukan perjalanan anak bangsa. Tetapi kini kuasa Melayu semakin terhakis, sedangkan Melayu masih lalai dan leka. Sedarlah wahai bangsaku, pertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama-lamanya. Jangan biarkan sejarah hitam Melaka jatuh ke tangan Portugis berulang.Kuatkan semangat, satukan tekad demi sebuah perjaungan yang tak pernah padam..Hidup MELAYU!!..Hidup MALAYSIA!!!...