Wednesday, May 7, 2008

Tindakan kurang ajar Karpal Singh


Kurang ajar sungguh Karpal Singh apabila mempersoalkan titah DYMM Sultan Perak yang mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran Yang DiPertua Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sikap biadap Karpal ini seolah mencampuri urusan pentadbiran Agama Islam di negeri Melayu..Siapa Karpal Singh untuk mempersoalkan titah Sultan Perak?..Apa sumbangan dia kepada negara ini?..Pemimpin-pemimpin Melayu terutama dalam pakatan pembangkang hanya mendiamkan diri sajakah selepas seorang bukan Melayu mempersoalkan titah rajanya?..Menteri Besar Perak, Ir Nizar masih mendiamkan diri. Adakah beliau bersetuju dengan tindakan sahabatnya dalam pakatan pembangkang ini?..Inilah akibat daripada kuasa Melayu yang semakin terhakis dan orang-orang bukan Melayu sudah berani mempersoal dan mencampuri urusan pentadbiran orang-orang Melayu..Sejauhmana penghinaan ini masih dapat diterima oleh orang-orang Melayu dan apakah tindakan selepas ini?..Melayu terkenal dengan kesetiaan kepada rajanya dan raja serta rakyat berpegang dan memahami konsep 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Tindakan Karpal jelas menghina dan mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat.

1 comment:

azrinizam said...

kalau orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak sedar lagi, tidak tahulah nak cakap apa lagi. Apakah hukumannya yang sepatutnya bagi golongan Melayu yang sebegini?