Tuesday, May 25, 2010

ANDALUSIA : Sejarah & Harapan ( Siri 1 )


Kedatangan Cahaya Islam di bumi Andalusia (Sepanyol) telah memberikan sinar tauhid dan membebaskan bumi itu di tangan kekuasaan bangsa Gothik yang kejam yang memerintah Sepanyol. Raja Sepanyol pada waktu itu bernama Rodriega merupakan seorang raja yang kejam dan ganas. Kehidupan rakyat Andalusia pada waktu dicengkam rasa ketakutan dan tidak diberi layanan yang adil oleh Raja Rodriega dan pembesar-pembesar Gothik. Hal ini telah mendapat perhatian oleh Musa Bin Nusair yang merupakan Gabenor Kerajaan Islam Umaiyah di bumi Afrika. Merasa bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah Islam dan ingin membebaskan rakyat Andalusia daripada cengkaman Raja Rodriega, Musa telah menghantar Tariq Bin Ziyad seorang panglima Islam yang hebat bagi mengetuai seramai 12 ribu orang tentera Islam ke bumi Andalus. Keputusan menghantar tentera ke bumi Sepanyol ini telah mendapat restu daripada Khalifah Islam pada masa itu yang berada di Damsyik.

Tariq Bin Ziyad telah berangkat ke Andalusia dengan menggunakan jalan laut dan melalui Selat Gibraltar. Kawasan pendaratan Tariq dan tentera-tentera Islam ini pada awalnya tidak bernama, tetapi telah diberikan nama oleh Tariq Bin Ziyad sendiri dengan menamakannya 'Jabal Tariq' sempenan nama Panglima Islam itu. Keberangkatan Tariq ditemani oleh Panglima Julian dan beberapa orangnya yang menjadi penunjuk jalan mereka. Panglima Julian merupakan Gabenor Ceuta di bawah jajahan Raja Rodriega. Julian telah berpaling tadah kerana Rodriega telah merogol anak gadis kesayangannya. Disebabkan itu, Julian sanggup mengharungi lautan luas untuk bertemu dengan Musa Bin Nusair bagi memerangi Rodriega dan menuntut bela atas kematian anak gadisnya.

Kedatangan tentera-tentera Islam ini ditentang dengan hebatnya oleh tentera-tentera Raja Rodriega yang seramai 100 ribu orang. Pada 19 Julai 711 Masihi terjadilah pertempuran yang hebat antara tentera Islam seramai 12 ribu orang di bawah pimpinan Tariq Bin Ziyad dengan tentera Sepanyol yang sembilan kali ganda lebih jumlahnya daripada tentera Islam pimpinan Raja Rodriega. Demi untuk menegakkan agama Allah di bumi Eropah ini, Tariq Bin Ziyad telah menggunakan strategi yang mengejutkan pihak sendiri dan musuh. Tariq telah mengarahkan agar kapal-kapal mereka dibakar dan dimusnahkan. Tariq seorang panglima yang berani dan hebat. Beliau mengarahkan kapal-kapal tentera Islam dibakar dengan tujuan supaya tentera Islam berjuang bermati-matian dan tidak akan berfikir untuk balik ke bumi Afrika. Semangat yang ditiupkan kepada tentera Islam oleh Tariq dengan menyatakan bahawa musuh berada di depan dan lautan di belakang, pilihan yang ada adalah kemenangan ataupun syahid di sisi Allah.

Strategi ini ternyata meniupkan semangat tentera Islam yang walaupun jumlahnya jauh lebih kecil daripada tentera Sepanyol tetapi akhirnya dapat menewaskan dan menumbangkan kerajaan Rodriega. Di pihak tentera Sepanyol yang menyangka Tariq Bin Ziyad adalah seorang panglima yang sudah gila kerana membakar kapal sendiri dan yakin bahawa Sepanyol akan menang akhirnya terpaksa menelan semua kebodohan dan keangkuhan mereka. Raja Rodriega telah terbunuh dan semasa melarikan diri daripada tentera Islam.

Walaupun selepas itu masih ada penentangan daripada saki baki tentera Gothik yang masih setia dengan Rodriega ia telah dapat dihapuskan dengan jayanya oleh Tariq Bin Ziyad dan mendapat bantuan daripada Musa bin Nusair. Kejayaan Tariq bin Ziyad membawa sinar Islam di bumi Eropah merupakan satu sejarah yang tidak boleh dilupakan.

(Bersambung..)

Wednesday, October 28, 2009

PERBEZAAN ULAMA DUNIA DAN ULAMA AKHIRAT


Ulama merupakan golongan yang dihormati oleh masyarakat dengan ketinggian ilmu agama yang mereka miliki. Golongan ini merupakan sumber rujukan dalam banyak perkara terutamanya yang berkaitan dengan hukum agama dan permasalahan yang melanda masyarakat hari ini. Golongan ini yang juga digelar sebagai pewaris Nabi-Nabi telah memberikan sumbangan dan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembangunan masyarakat pada hari ini.

Perbincangan hari ini adalah berkaitan dengan perbezaan antara ulama dunia dan ualam akhirat. Menurut Kitab Kasyful Asrar yang ditulis oleh Syeikh Mohd Saleh Bin Abdullah Mengkabau, ada beberapa orang yang digelar ulama (yakni orang yang berilmu) dan terdapat dua kategori iaitu ulama dunia dan ulama akhirat.

Perbincangan selanjutnya berkaitan dengan bagaimana untuk mengenalpasti antara ulama dunia dan ulama akhirat. Adapun antara ciri-ciri ulama dunia ialah :

1. Orang-orang yang mengetahui hukum yang zahir seperti halal dan haram, sah dan batal, makruh dan harus, sunat dan fardhu, rukun dan syarat.

2. Orang-orang yang mengetahui hukum di dunia seperti hukum sah dan batal nikah, sah dan batal perniagaan, halal dan haram perniagaan.

3. Orang-orang yang mengetahui hukum perbalahan sesama manusia, hukum manusia yang kasih kepada dunia dan kemegahannya.

Ciri-ciri ulama akhirat pula merangkumi mereka yang :

1. Orang yang tidak suka akan kemulian dan kemegahan dunia.

2. Orang-orang yang mengamalkan ilmunya.

3. Orang-orang yang sangat takut kepada Allah Taala.

4. Orang-orang yang sangat suka akan ilmu kebatinan iaitu ilmu Tasawuf

5. Orang-orang yang sangat benci melakukan maksiat.

6. Orang-orang yang menjauhkan diri daripada segala sifat yang dicela oleh syarak (sifat-sifat mazmumah) seperti riak, sum’ah, ujub, takbur, hasad dengki dan sebagainya.

Menurut kitab ini lagi, tuntutlah (belajar) ilmu ini walaupun daripada orang yang berbangsa Habsyi dengan mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada ilmunya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Selain Dajjal, ada yang lebih takut aku ke atas kamu daripada Dajjal sendiri. ”. Maka ditanya orang, siapakah dia wahai Rasulullah? Maka jawab Rasulullah: “ Ulama yang jahat ”

Itulah ulama yang tidak mengamalkan ilmunya, suka menziarahi raja-raja. Janganlah anda percaya kepadanya. Janganlah anda menuntut ilmu darinya, yang mewarisi ilmu syaitan dan dilaknati Allah. Belajarlah dari ulama yakni guru yang Mursyid yang sentiasa merendah diri dan yang amat mengasihi sesama manusia. Tidak menimbulkan prasangka dan mereka yang menyatukan ummah bukannya memecahbelahkan ummah.

Hari ini dalam masyarakat kita melihat terlalu ramai yang bergelar ulama. Ini adalah sesuatu yang positif dalam proses perkembangan masyarakat. Namun, terlalu ramai juga yang menggelarkan sendiri mereka adalah ulama sedangkan mereka tidak layak untuk digelar sedemikian berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka miliki. Mungkin disebabkan faktor mempunyai pengikut yang ramai dan mempunyai penyokong maka ada dikalangan mereka bergelar Tok Guru sedangkan gelaran tersebut tidak sesuai atau mungkin tidak layak. Ada juga dikalangan pengikut mahupun penyokong mereka ini terlalu taksub dengan keperibadian Tok-Tok Guru mereka hinggakan membenarkan setiap apa yang dikatakan ulama mereka walaupun ada kalanya ulama juga melakukan kesilapan.

Hakikatnya setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebagai hamba-Nya, kita harus menginsafi diri dan sentiasa bertaubat kepada-Nya. Oleh itu tidak wajar manusia terlalu taksub kepada manusia lain walaupun ianya bergelar Tok Guru. Ini kerana hanya Nabi dan Rasul yang mempunyai sifat Maksum yang dijanjikan oleh Allah SWT yakni golongan yang terpelihara daripada sebarang dosa.

RAKYAT PILIH AHLI POLITIK ATAU BADUT SARKAS?...


Hari ini perbincangan berkaitan dengan sikap dan moral ahli-ahli politik masa kini yang dilihat semakin menyebabkan rakyat menjadi bosan melihat telatah dan tingkah laku mereka. Sebagai ahli poltik dan pastinya sebagai pemimpin harus memperlihatkan contah dan teladan yang baik kepada rakyat. Bukanlah menjadi pemimpin itu bererti seseorang perlu menjadi maksum yakni tidak melakukan sebarang dosa, tetapi sebagai pemimpin perlulah menunjukkan sikap yang lebih baik daripada orang lain.

Apa yang berlaku semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini telah membuktikan sikap dan nilai ahli-ahli poltik masa kini yang semakin buruk dan menjengkelkan. Rakyat pastinya boleh menilai sendiri apa yang berlaku hari ini sama ada daripada sudut positif mahupun negatif. Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen di peringkat pusat merupakan satu amanah rakyat yang perlu dihormati dan dijunjung tinggi. Ini kerana jika rakyat jika tidak memilih mereka maka mereka tidak diizinkan sekalipun untuk menghadiri satu-satu persidangan itu mewakili rakyat kawasan yang mereka dipilih. Malangnya di DUN Perak,sikap ahli-ahli DUN yang tidak menghormati Dewan dan menjadikan Dewan seumpama pasar merupakan satu sikap yang kurang ajar dan keterlaluan. Jika kita lihat laporan berita, Ahli-Ahli Dewan dilihat sesuka hati menjerit, berjalan mundar-mandir, berborak sesama sendiri seolah-olah tiada persidangan berlaku dan perbincangan serta perbahasan di dalam Dewan adalah sesuatu yang tidak penting. Sedangkan kita tahu dari dalam Dewan inilah yang akan membuat keputusan berkaitan permasalahan negeri dan rakyat serta menjadi penentu kepada masa depan negeri mahupun negara.

Apa yang berlaku dalam Persidangan DUN Perak hari ini adalah amat menyedihkan. Inilah akibat jika Demokrasi disalah-ertikan. Kelompok ini menjadikan Demokrasi sebagai satu senjata dan memanipulasi sistem tersebut demi kepentingan diri masing-masing. Dalam artikel penulis berkaitan dengan perbezaan antara Demokrasi Tulen yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Demokrasi Terpimpin yang kita amalkan telah menyatakan dengan jelas kenapa dalam konteks negara ini perlunya diamalkan Demokrasi Terpimpin. Contoh yang terjadi di DUN Perak ini menguatkan hujah penulis jika kita tidak mengamalkan demokrasi terpimpin, sekelompok ahli politik yang tidak matang ini akan menjadikan politik sebagai gelanggang sarkas bagi mereka menunjukkan bakat mereka sebagai apa yang dikatakan sebagai badut.

Apa yang paling penting kini rakyat perlu sedar atau disedarkan dalam memilih pemimpin untuk mewakili mereka. Rakyat perlu bijak menilai pemimpin mereka dan tidak seharusnya membiarkan pisang berbuah dua kali. Jika dibiarkan berterusan dengan apa yang berlaku hari ini, kerugian pastinya di pihak rakyat. Pembangunan tidak dapat dijalankan dan ekonomi tidak dapat berkembang kerana badut-badut ini sibuk membuat persembahan bodoh untuk menunjukkan keegoan dan kebebalan masing-masing. Dalam konteks negeri Perak, penulis percaya ekonomi negeri Perak sedang mengalami penurunan kerana krisis politik yang berpanjangan dan pastinya rakyat negeri Perak akan merasai perkara itu. Jika ini berlaku, siapakah golongan yang paling rugi dalam hal ini??..Persoalan ini terjawab suatu hari nanti apabila melihat ramai anak-anak jati Perak terutamanya anak-anak muda yang terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki.


Friday, October 9, 2009

PKR+DAP+PAS =PAKATAN RAKYAT?????

Adakah akan menjadi realiti melihat parti PKR,DAP dan PAS melalui penggabungan mereka yang dipanggil Pakatan Rakyat terlihat melalui ura-ura yang ketiga-tiga pemimpin parti berkenaan akan membuat pendaftaran dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Kita tertunggu-tunggu untuk melihat bolehkah ketiga-tiga parti ini bergabung dan bekerjasama dalam apa jua bentuk bagi merealisasikan impian politik masing-masing. Umumnya tahu parti PKR.DAP dan PAS sering bekerjasama dalam pilihanraya bagi melawan parti Barisan Nasional (BN). Mereka boleh berkongsi pentas ceramah bagi menghentam kerajaan BN dalam ceramah-ceramah mereka. Dibeberapa buah negeri yang sudah mereka kuasai seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, mereka masih giat menunjukkan kepada rakyat bahawa kerjasama parti mereka masih utuh dengan cara berkongsi pentas ceramah dan menghentam BN walaupun hakikatnya mereka telah menjadi kerajaan dan BN hanyalah parti pembangkang.

Kita sudah sedia maklum sejarah penubuhan dan perjuangan ketiga-tiga parti ini adalah berbeza. PAS dengan perjuangan negara Islam, PKR dengan tema keadilannya dan DAP dengan konsep Malaysian Malaysia. Persoalannya adakah dengan perjuangan dan matlamat yang berbeza ini boleh mereka boleh bekerjasama dalam satu parti yang mereka gelarkan Pakatan Rakyat?..Hari ini pihak ROS telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat boleh didaftarkan secara rasmi mengikut undang-undang jika ketiga-tiga parti tersebut menghantar permohonan kepada ROS. Mereka hanya perlu membuat permohonan dan perlembagaan parti seperti pendaftaran BN. Alasan yang dikemukan oleh PAS bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh didaftarkan kerana tidak cukup tujuh parti untuk didaftarkan seperti mana yang diminta oleh pihak ROS adalah tidak munasabah. Soalnya mereka masih belum menghantar sebarang permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat. Adakah menjadi masalah kepada mereka untuk mendaftar dengan hanya menyediakan perlembagaan parti.

Ini menjadi persoalan?..Kita cabar kepimpinan PAS,PKR & DAP untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti gabungan sepertimana BN jika benar mereka ingin berjuang demi kepentingan rakyat. Buktikanlah kepada rakyat yang mereka benar-benar boleh bekerjasama sepertimana parti-parti komponen BN atau mereka hanya boleh bekerjasama di atas pentas-pentas ceramah untuk menghentam kerajaan?....

Friday, November 14, 2008

MB PERAK TUNJUK SAMSENG

Sikap kasar MB Perak dibidas
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Beberapa persatuan wartawan hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap kasar terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia di Ipoh semalam. Presiden Institut Akhbar Malaysia, Datuk Azman Ujang berkata, ini adalah pertama kali seorang menteri besar di negara ini bertindak sedemikian dan ia tidak menggambarkan kebebasan media.
"Seorang menteri besar tidak harus berbuat demikian kerana sebagai pemimpin, beliau harus bersikap terbuka dalam cara beliau berurusan dengan media," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohammad Nizar dilaporkan memaksa jurugambar Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, menyerahkan kamera dan memadamkan gambar menteri besar itu diberi surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Menteri Besar itu juga dilaporkan telah mengherdik Mohd. Najib dan memanggil jurugambar itu dengan panggilan "woi" bagi meminta diserahkan kad memori kameranya.
Azman berkata, sebagai seorang menteri besar, Mohammad Nizar sepatutnya memahami bahawa tugas dan peranan pihak media ialah membuat liputan tugasan rasminya bukan soal peribadinya.
Beliau berkata, sebagai seorang wakil rakyat dari Pas yang memegang jawatan di negeri di bawah Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar harus belajar daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa berhemah dalam menjalinkan hubungan dengan media.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Norila Md. Daud turut melahirkan rasa terkejut bahawa seorang pemimpin besar boleh bertindak keterlaluan.
Katanya, beliau telah menasihatkan jurugambar berkenaan membuat laporan polis kerana Mohammad Nizar telah menghalang tugasnya.
"Tugas seorang jurugambar sama seperti tugas penjawat awam atau polis yang tidak patut ada sesiapa yang melarang menjalankan tugas mereka, kecuali di negara yang bukan demokrasi," katanya.
Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan, Mokhtar Hussain berkata, sebagai seorang ketua bagi sebuah kerajaan negeri, Mohammad Nizar sepatutnya menjalin hubungan baik dengan media kerana kedua-dua pihak mempunyai peranan masing-masing terhadap rakyat.
Di Ipoh, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Samad Majid berkata, sikap yang ditunjukkan Mohammad Nizar itu tidak mencerminkan budaya yang baik bagi seorang pemimpin dan ia sangat memalukan.
"Jurufoto berkenaan mempunyai pas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri dan sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau," katanya.
Samad berharap Mohammad Nizar akan memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.
Mohd. Najib pula berkata, beliau berasa amat terhina dengan kejadian yang berlaku itu.
"Apa yang berlaku terhadap saya benar-benar memperlekehkan media. Saya berasa terhina kerana seolah-olah telah melakukan satu kesalahan," katanya.

Saturday, August 2, 2008

PAS OH PAS

Tuan Guru Haji HAdi Awang telah mengumumkan yang PAS tidak akan membentuk kerajaan campuran dengan UMNO dan terus komited dengan Pakatan Rakyat. Pengumuman ini pasti melegakan DAP dan PKR kerana jika PAS membuat keputusan sebaliknya pasti akan mengancam kedudukan Pakatan Rakyat.

PAS telah pun membuat keputusan, bagi mereka lebih baik bekerjasama dengan DAP dan PKR daripada bekerjasama dengan UMNO. Nik Aziz telah mengemukakan syarat bahawa jika UMNO ingin bekerjasama mereka perlu menerima Hudud dan Qisas. Syarat ini perkara paling utama jika UMNO mahu PAS duduk di bawah satu bumbung..

Sedih dengan PAS..Sebenarnya penyatuan Melayu dan Ummah perlu diutamakan. Tidak perlu meletakkan syarat baik UMNO mahupun PAS. Segala perkara berkaitan umat Islam/Melayu boleh dibincang sesama UMNO dan PAS. Janganlah jadikan satu-satu perkara sebagai alasan semata-mata bagi mengelakkan penyatuan. Pelik, PAS beria-ia meletakkan syarat jika mahu berkerjasama dengan UMNO yang pemimpin dan ahli-ahlinya semua berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan PAS langsung tidak mengenakan syarat untuk duduk sebumbung dan bekerjasama dengan DAP dalam pakatan Rakyat terutama di Selangor dan Perak. Kita tahu parti DAP bukanlah sebuah parti orang-orang Melayu jauh sekali untuk orang Islam dan DAP terang-terang menolak pemerintahan Islam..Tetapi mengapa PAS boleh duduk sebumbung dan bekerjasama dengan parti kafir ini..Ape ke her nye ngan PAS ni YOB?..

Wednesday, July 30, 2008

Laporan Pusrawi Boleh Bunuh Kredibiliti Anwar

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

Azrinizam Ibrahim

KANDUNGAN LAPORAN PUSRAWI

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :a) Kependekan F/T bermaksud full time.b) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puasc) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitand) pain in the anus when passing motion (for a week)e) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus f) willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada. Ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

LAPORAN HOSPITAL PUSRAWI vs HOSPITAL KUALA LUMPUR

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

KENAPA LAPORAN PUSRAWI DITERBITKAN SEKARANG?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur.

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.

Sumber Artikel asal dari AnwarIbrahimDotCom.

Press Statement by Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DSAI sidang media HQ1DSAI sidang media HQ2DSAI sidang media HQ3The hospital report leaked yesterday confirms our contention that the allegations leveled against me are baseless and politically motivated and that the complainant is an outright liar working hand in glove with those in power to assassinate my character and attempt to derail the people’s aspirations for transformational change in government.This report makes a mockery of the so-called “impartial police investigations” and clearly shows the dubious but persistent attempts to incriminate me by whatever means employable.How else can we fathom why the police during the last four weeks of their “thorough and professional investigations” have overlooked such a critical piece of evidence? I condemn in the strongest terms their negligence, dishonesty and recklessness in humiliating the nation by dragging us all through this vile and filthy charade.Our refusal to submit a DNA sample has been vindicated. The failure of the police to disclose this medical report all but confirms their intention to frame me. Although quite apparent even before yesterday, their desperate attempt to collect a new DNA sample is now even more clearly a last ditch effort to build a case where none exists.The statement by Bar President Dato’ Ambiga Sreenevasan in response to this latest development bears repeating.“The credibility of the Malaysian justice system as a whole is therefore atstake. The integrity of professionals, be they doctors or lawyers, must never be interfered with. The public must be left in no doubt that the criminaljustice system in this country will not be misused or abused.”Several weeks ago I filed a police report implicating Musa Hassan and Gani Patail in the conspiracy to fabricate evidence in my 1998 case. The ACA subsequently opened an inquiry into the matter. Given their current involvement as heads of the police and Attorney General’s chambers, and their earlier attempts to discredit and defame me, I have consistently asserted that a fair investigation into this matter would be impossible, notwithstanding the dubious character of the complainant and his association with the Deputy Prime Minister, the Deputy Prime Minister’s wife and, her staff, as well as key figures in the police department.I reiterate earlier calls to ensure the safety and security of the doctor who authored this medical report. Reports that he and his family may be in danger must not be taken lightly given earlier instances when key witnesses in high-profile cases in Malaysia have been threatened, coerced or gone missing.My family and I have endured a great deal during the last month. Our fears of arepeat of the trauma and abuse inflicted upon us in 1998 were bearable only with the tremendous outpouring of support from our friends in Malaysia and throughout the world. We breathed a deep sigh of relief upon hearing of the report and after seeing it with our own eyes felt a great burden lifted from our shoulders. We remain eternally grateful to them for their belief in us and their commitment to the cause of freedom and justice in Malaysia.I have willingly cooperated in the police investigations; careless and vindictive though it has turned out to be. But I have decided that nation is in a grave situation economically and socially and I can no longer be distracted by such nuisances. I am now determined to move ahead with the reform agenda, which the Malaysian people endorse in the last elections, and i do not intend to address this scurrilous accusations anymore.At a time when the world economy is spiraling into recession and Malaysia has struggled to remain competitive with its neighbors, this scandal was raised at the worst possible moment. The problems of inflation, unemployment, and investor confidence grow more serious by the day The authorities, aided by senior Ministers in the government, appear to be willfully dragging the nation’s stature down in their last ditch efforts to retain power. The international community has expressed its disdain for what is happening and that will translate to less foreign investment, less tourism and an even weaker economy.I call upon the government to rise above petty vindictiveness and maneuvering for power, and to be sincere, honest and hence effective in its actions. The national good that, for the moment now reposes in their hands, demands nothing less.

ANWAR IBRAHIMKENYATAAN MEDIA EDISI BAHASA MELAYU

29hb Julai 2008
Laporan hospital yang didedahkan semalam mengesahkan hujah kami bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas saya sememangnya tidak berasas dan bermotifkan politik serta petuduh itu seorang penipu yang bersengkongkol dengan penguasa untuk membunuh karakter saya dan juga berhasrat untuk melengahkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.Laporan ini menjadi asas kepada kita untuk curiga dengan apa yang dikatakan sebagai penyiasatan polis yang tidak berpihak dan adil serta menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mensabitkan saya dengan pertuduhan fitnah tersebut, dengan apa cara sekalipun, walaupun ianya tidak berasas.Kami tidak memahami bagaimana pihak polis dalam jangka masa empat minggu terakhir ini, yang kononnya telah menjalankan penyiasatan yang teliti dan profesional boleh terlepas pandang bukti yang sebegini penting? Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya kecuaian, ketidakjujuran dan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang menghina negara dan mengheret kita untuk melalui penipuan yang jahat dan keji ini.Keengganan kami untuk menyerahkan sampel DNA terbukti benar dan tepat. Kegagalan pihak polis untuk mendedahkan laporan kesihatan ini membuktikan niat mereka untuk memerangkap saya. Keterdesakan mereka untuk dapatkan sampel DNA yang baru menunjukkan usaha terakhir mereka untuk membentuk kes yang sebenarnya tidak muncul.Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia Dato’ Ambiga Sreenevasan terhadap perkembangan terbaru ini bolehlah kita ambil.“Kredibiliti sistem keadilan di Malaysia secara keseluruhannya berada di saat genting. Integriti para profesional, samada doktor ataupun peguam janganlah diganggu. Masyarakat mesti tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap sistem keadilan di negara ini dan mereka mesti yakin bahawa ianya tidak disalah guna mahupun dicerobohi.”Beberapa minggu lalu saya telah menfailkan satu laporan mensabitkan Musa Hassan dan Gani Patail dengan satu konspirasi untuk memalsukan pembuktian kes membabitkan saya pada tahun 1998. Badan Pencegah Rasuah sudahpun memulakan siasatan terhadap laporan tersebut. Saya secara konsisten menyatakan bahawa penyiasatan yang adil adalah mustahil kerana kedua-dua mereka masih mengetuai Pasukan Polis dan Jabatan Peguam Negara dan pernah terlibat dalam menfitnah dan memalukan saya, tambahan pula karakter petuduh yang meragukan disamping dekatnya dia dengan Timbalan Perdana Menteri, isteri beliau, kakitangannya dan individu penting di dalam pasukan polis.Saya ulangi gesaan untuk menjamin keselamatan dan perlindungan terhadap doktor yang menulis laporan kesihatan tersebut. Adanya laporan yang mengatakan beliau dan keluarga beliau berada dalam bahaya mestilah tidak dipandang ringan kerana wujudnya insiden saksi penting dalam kes berprofail tinggi di Malaysia didapati diugut, dipaksa dan hilang entah ke mana.Saya sekeluarga telah melalui ujian yang berat beberapa bulan kebelakangan ini. Ketakutan akan berulangnya trauma dan pencerobohan yang dikenakan ke atas kami hanya dapat ditanggung bila menyedari betapa besarnya sokongan rakan-rakan dari Malaysia dan seluruh dunia. Kami merasa beban berat seperti diangkat dari bahu kami bila melihat dan membaca laporan tersebut. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mempercayai kami dan komitmen mereka terhadap perjuangan kebebasan dan keadilan di Malaysia.Saya secara sukarela bekerjasama dengan penyiasatan yang dibuat oleh pihak polis; namun ianya ternyata cuai dan berniat jahat rupanya. Saya berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan saya tidak mahu lagi dipesongkan oleh gangguan sebegini. Saya bertekad untuk melangkah ke hadapan bersama agenda perubahan, yang disokong oleh rakyat Malaysia pada pilihanraya yang lepas, dan saya tidak berhasrat untuk melayan tuduhan fitnah ini lagi.Pada ketika ekonomi dunia menuju kemelesetan dan Malaysia terpaksa bergelut untuk kekal bersaing dengan jiran-jirannya, skandal ini ternyata muncul pada waktu yang sangat buruk. Masalah inflasi, pengangguran dan terhakisnya keyakinan pelabur semakin hari semakin buruk. Pihak berkuasa dibantu pula oleh menteri kanan dalam kerajaan, kelihatan sengaja mengheret nama negara ini ke bawah hanya kerana untuk kekal berkuasa. Komuniti antarabangsa telah melahirkan rasa tidak senang mereka terhadap apa yang berlaku, ini boleh mengakibatkan pengurangan pelaburan asing, pelancong dan sudah semestinya menyebabkan ekonomi yang lemah.Saya menyeru kerajaan supaya bangkit meninggalkan segala percaturan remeh dan berniat jahat hanya kerana ingin kekal berkuasa, mereka perlu jujur, ikhlas serta efektif dalam segala tindakan. Pada saat ini kemaslahatan negara adalah tanggungjawab mereka, kita menuntut tidak kurang dari itu.

ANWAR IBRAHIM