DSAI telah menyatakan kesediannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil untuk membolehkannya masuk ke Parlimen. Anwar begitu yakin yang dia akan memenangi pilihanraya kecil ini dan akan masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Persoalannya yang timbul ialah kawasan mana yang akan ditandingi oleh Anwar dan Ahli Parlimen mana dari Pakatan Rakyat yang akan menjadi mangsa terpaksa mengosongkan kerusi bagi memberi ruang kepada Anwar Ibrahim bertanding?
Mengikut perkiraan Anwar mungkin akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak. Ini kawasan yang sangat sesuai kerana penyandang kerusi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah pastinya harus mengosongkan jawatan tersebut kesan dari kesibukkannya sebagai Menteri Besar Selangor. Penduduk Bandar Tun Razak pasti terabai kini kerana Tan Sri Khalid perlu mengutamakan tugasnya yang lebih besar di peringkat negeri.
Namun, perkiraan baru timbul menyatakan Anwar akan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu. Untuk makluman kerusi tersebut di sandang oleh Zulkifli Nordin dari PKR. Zulkifli Nordin merupakan salah seorang peguan Anwar dalam kes liwat 10 tahun yang lepas dan setakat ini dia tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat negeri mahupun pusat.
Persoalanya kenapa Anwar berubah keputusan hendak bertanding di Kulim Bandar Baharu?..Adakah Anwar tidak yakin dengan pengundi di Bandar Tun Razak?..Jika mendengar dari ucapan dan ceramahnya, dia begitu yakin untuk menang dan tidak kisah untuk bertanding di mana sahaja. Inilah seorang pemimpin yang sentiasa bercakap penuh dengan retorik..Anwar telah mengabui mata rakyat dengan kebolehannya berpidato. Percakapanya penuh dengan retorik dan berbunga-bunga. Jika dilihat faktanya terlalu sedikit, kebanyakkannya hanyalah janji-janji kosong yang ditabur kepada rakyat.
Jika Anwar yakin dengan sokongan rakyat kepadanya selama ini, sepatutnya Anwar tidak teragak-agak untuk bertanding di mana-mana sahaja kawasan. Kita cabar Anwar untuk bertanding di Bandar Tun Razak kerana pastinya penduduk di situ terabai kerana Tan Sri Khalid terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor..
No comments:
Post a Comment