Wednesday, July 30, 2008

Laporan Pusrawi Boleh Bunuh Kredibiliti Anwar

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

Azrinizam Ibrahim

KANDUNGAN LAPORAN PUSRAWI

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :a) Kependekan F/T bermaksud full time.b) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puasc) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitand) pain in the anus when passing motion (for a week)e) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus f) willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada. Ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

LAPORAN HOSPITAL PUSRAWI vs HOSPITAL KUALA LUMPUR

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

KENAPA LAPORAN PUSRAWI DITERBITKAN SEKARANG?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur.

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.

Sumber Artikel asal dari AnwarIbrahimDotCom.

Press Statement by Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DSAI sidang media HQ1DSAI sidang media HQ2DSAI sidang media HQ3The hospital report leaked yesterday confirms our contention that the allegations leveled against me are baseless and politically motivated and that the complainant is an outright liar working hand in glove with those in power to assassinate my character and attempt to derail the people’s aspirations for transformational change in government.This report makes a mockery of the so-called “impartial police investigations” and clearly shows the dubious but persistent attempts to incriminate me by whatever means employable.How else can we fathom why the police during the last four weeks of their “thorough and professional investigations” have overlooked such a critical piece of evidence? I condemn in the strongest terms their negligence, dishonesty and recklessness in humiliating the nation by dragging us all through this vile and filthy charade.Our refusal to submit a DNA sample has been vindicated. The failure of the police to disclose this medical report all but confirms their intention to frame me. Although quite apparent even before yesterday, their desperate attempt to collect a new DNA sample is now even more clearly a last ditch effort to build a case where none exists.The statement by Bar President Dato’ Ambiga Sreenevasan in response to this latest development bears repeating.“The credibility of the Malaysian justice system as a whole is therefore atstake. The integrity of professionals, be they doctors or lawyers, must never be interfered with. The public must be left in no doubt that the criminaljustice system in this country will not be misused or abused.”Several weeks ago I filed a police report implicating Musa Hassan and Gani Patail in the conspiracy to fabricate evidence in my 1998 case. The ACA subsequently opened an inquiry into the matter. Given their current involvement as heads of the police and Attorney General’s chambers, and their earlier attempts to discredit and defame me, I have consistently asserted that a fair investigation into this matter would be impossible, notwithstanding the dubious character of the complainant and his association with the Deputy Prime Minister, the Deputy Prime Minister’s wife and, her staff, as well as key figures in the police department.I reiterate earlier calls to ensure the safety and security of the doctor who authored this medical report. Reports that he and his family may be in danger must not be taken lightly given earlier instances when key witnesses in high-profile cases in Malaysia have been threatened, coerced or gone missing.My family and I have endured a great deal during the last month. Our fears of arepeat of the trauma and abuse inflicted upon us in 1998 were bearable only with the tremendous outpouring of support from our friends in Malaysia and throughout the world. We breathed a deep sigh of relief upon hearing of the report and after seeing it with our own eyes felt a great burden lifted from our shoulders. We remain eternally grateful to them for their belief in us and their commitment to the cause of freedom and justice in Malaysia.I have willingly cooperated in the police investigations; careless and vindictive though it has turned out to be. But I have decided that nation is in a grave situation economically and socially and I can no longer be distracted by such nuisances. I am now determined to move ahead with the reform agenda, which the Malaysian people endorse in the last elections, and i do not intend to address this scurrilous accusations anymore.At a time when the world economy is spiraling into recession and Malaysia has struggled to remain competitive with its neighbors, this scandal was raised at the worst possible moment. The problems of inflation, unemployment, and investor confidence grow more serious by the day The authorities, aided by senior Ministers in the government, appear to be willfully dragging the nation’s stature down in their last ditch efforts to retain power. The international community has expressed its disdain for what is happening and that will translate to less foreign investment, less tourism and an even weaker economy.I call upon the government to rise above petty vindictiveness and maneuvering for power, and to be sincere, honest and hence effective in its actions. The national good that, for the moment now reposes in their hands, demands nothing less.

ANWAR IBRAHIMKENYATAAN MEDIA EDISI BAHASA MELAYU

29hb Julai 2008
Laporan hospital yang didedahkan semalam mengesahkan hujah kami bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas saya sememangnya tidak berasas dan bermotifkan politik serta petuduh itu seorang penipu yang bersengkongkol dengan penguasa untuk membunuh karakter saya dan juga berhasrat untuk melengahkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.Laporan ini menjadi asas kepada kita untuk curiga dengan apa yang dikatakan sebagai penyiasatan polis yang tidak berpihak dan adil serta menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mensabitkan saya dengan pertuduhan fitnah tersebut, dengan apa cara sekalipun, walaupun ianya tidak berasas.Kami tidak memahami bagaimana pihak polis dalam jangka masa empat minggu terakhir ini, yang kononnya telah menjalankan penyiasatan yang teliti dan profesional boleh terlepas pandang bukti yang sebegini penting? Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya kecuaian, ketidakjujuran dan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang menghina negara dan mengheret kita untuk melalui penipuan yang jahat dan keji ini.Keengganan kami untuk menyerahkan sampel DNA terbukti benar dan tepat. Kegagalan pihak polis untuk mendedahkan laporan kesihatan ini membuktikan niat mereka untuk memerangkap saya. Keterdesakan mereka untuk dapatkan sampel DNA yang baru menunjukkan usaha terakhir mereka untuk membentuk kes yang sebenarnya tidak muncul.Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia Dato’ Ambiga Sreenevasan terhadap perkembangan terbaru ini bolehlah kita ambil.“Kredibiliti sistem keadilan di Malaysia secara keseluruhannya berada di saat genting. Integriti para profesional, samada doktor ataupun peguam janganlah diganggu. Masyarakat mesti tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap sistem keadilan di negara ini dan mereka mesti yakin bahawa ianya tidak disalah guna mahupun dicerobohi.”Beberapa minggu lalu saya telah menfailkan satu laporan mensabitkan Musa Hassan dan Gani Patail dengan satu konspirasi untuk memalsukan pembuktian kes membabitkan saya pada tahun 1998. Badan Pencegah Rasuah sudahpun memulakan siasatan terhadap laporan tersebut. Saya secara konsisten menyatakan bahawa penyiasatan yang adil adalah mustahil kerana kedua-dua mereka masih mengetuai Pasukan Polis dan Jabatan Peguam Negara dan pernah terlibat dalam menfitnah dan memalukan saya, tambahan pula karakter petuduh yang meragukan disamping dekatnya dia dengan Timbalan Perdana Menteri, isteri beliau, kakitangannya dan individu penting di dalam pasukan polis.Saya ulangi gesaan untuk menjamin keselamatan dan perlindungan terhadap doktor yang menulis laporan kesihatan tersebut. Adanya laporan yang mengatakan beliau dan keluarga beliau berada dalam bahaya mestilah tidak dipandang ringan kerana wujudnya insiden saksi penting dalam kes berprofail tinggi di Malaysia didapati diugut, dipaksa dan hilang entah ke mana.Saya sekeluarga telah melalui ujian yang berat beberapa bulan kebelakangan ini. Ketakutan akan berulangnya trauma dan pencerobohan yang dikenakan ke atas kami hanya dapat ditanggung bila menyedari betapa besarnya sokongan rakan-rakan dari Malaysia dan seluruh dunia. Kami merasa beban berat seperti diangkat dari bahu kami bila melihat dan membaca laporan tersebut. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mempercayai kami dan komitmen mereka terhadap perjuangan kebebasan dan keadilan di Malaysia.Saya secara sukarela bekerjasama dengan penyiasatan yang dibuat oleh pihak polis; namun ianya ternyata cuai dan berniat jahat rupanya. Saya berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan saya tidak mahu lagi dipesongkan oleh gangguan sebegini. Saya bertekad untuk melangkah ke hadapan bersama agenda perubahan, yang disokong oleh rakyat Malaysia pada pilihanraya yang lepas, dan saya tidak berhasrat untuk melayan tuduhan fitnah ini lagi.Pada ketika ekonomi dunia menuju kemelesetan dan Malaysia terpaksa bergelut untuk kekal bersaing dengan jiran-jirannya, skandal ini ternyata muncul pada waktu yang sangat buruk. Masalah inflasi, pengangguran dan terhakisnya keyakinan pelabur semakin hari semakin buruk. Pihak berkuasa dibantu pula oleh menteri kanan dalam kerajaan, kelihatan sengaja mengheret nama negara ini ke bawah hanya kerana untuk kekal berkuasa. Komuniti antarabangsa telah melahirkan rasa tidak senang mereka terhadap apa yang berlaku, ini boleh mengakibatkan pengurangan pelaburan asing, pelancong dan sudah semestinya menyebabkan ekonomi yang lemah.Saya menyeru kerajaan supaya bangkit meninggalkan segala percaturan remeh dan berniat jahat hanya kerana ingin kekal berkuasa, mereka perlu jujur, ikhlas serta efektif dalam segala tindakan. Pada saat ini kemaslahatan negara adalah tanggungjawab mereka, kita menuntut tidak kurang dari itu.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, July 29, 2008

PETIKAN DARIPADA ARTIKEL AGENDA DAILY SEMASA SIDANG MEDIA ANWAR IBRAHIM BARU-BARU INI

Apa hal ni Pak Sheikh…?
Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Adakah salah soalan atau Datuk Seri Anwar Ibrahim takut untuk jawab soalan-soalan yang dirasai ‘ boleh bikin rosak program’... itulah persoalan yang tidak dapat dijawab setelah dua kali wartawan Agendadaily menghadiri sidang akhbar 'Prime Minister in waiting' ini di ibu pejabat Parti Keadilan dekat Petaling Jaya.

Kali pertama pada 3 Julai lalu semasa sidang akhbar mengenai surat akuan sumpah penyiasat persendirian P.Balasubramanian. Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu nyata tidak senang sekali dengan soalan wartawan Agendadaily kenapa beliau pergi ke kondominium tempat dimana bekas pembantunya Saiful Bukhri Azlan dakwa di liwat.
Sedangkan bagi mana-mana wartawan soalan itu dikira satu soalan natural amat wajar kerana sehari sebelum itu ketika bertemu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Anwar ada menyatakan bahawa beliau tidak menafikan ada pergi ke kondo berkenaan.
Anwar sepintas jawab yang perkara itu akan dijawab semasa dalam mahkamah dan anggap tidak mahu menganggu proses siasatan.

Bagaimanapun ia tidak terhenti disitu , beliau sempat secara sinis bertanya pada wartawan Agendadaily,"…you wakil mana?"
Wartawan Agendadaily jawab,"wakil Agendadaily Datuk Seri…"
Anwar yang sememangnya mengenali wartawan Agendadaily kerana pernah membuat liputan berita berbagai program dan aktivitinya sejak awal tahun 80an lagi (semasa itu akhbar Watan) tetap dengan sengaja menjawab,"…saya tahu siapa finance you dan siapa tauke you…"
Anih bin ajaib Anwar sebelum ini dikenali dikalangan wartawan sedia menjawab apa jua soalan dan seringkali bercakap berapi-api tentang kebebasan akhbar tetapi kali ini beliau seolah-olah mengamalkan 'double standard' .

Malah reaksi Anwar yang buat macam wartawan ‘ tarak akai ’ dibayar untuk tanya sesuatu soalan adalah satu hal yang amat melucukan.
Sidang media pada pukul 11.45 pagi Selasa itu bertujuan untuk Anwar menceritakan bahawa lapuran perubatan dari Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan (PUSRAWI) telah memihak padanya.
"Dengan bukti terbaru ini telah memberi kelegaan yang besar pada kita…" kata Anwar merujuk pada lapuran seorang doktor di PUSRAWI yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar.

Tidak banyak soalan dari puluhan wartawan dari dalam dan luar negara yang hadir.
Soalan-soalan hanya berkisar soal kertas catatan lapuran Pegawai Perubatan Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, hal berkaitan dengan hasratnya bertanding kawasan Parlimen di Kulim Bandar Baru, memberi ulasan tentang perbincangan PAS – UMNO dan menyentuh sedikit pasal perkembangan siasatan Jabatan Syariah Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun bila seorang wartawan bertanya dengan merujuk lapuran akhbar Utusan Malaysia tentang hasrat bekas Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Md Noor untuk menentang beliau dalam pilihan raya kecil, Anwar terus jawab,"… let him speak to Utusan Malaysia and Straits Times .."
"… let Utusan and Strait Times respond …"
Ketika wartawan Agendadaily turut meminta Anwar mengulas tentang kenyataan Ezam yang hendak dedahkan pelbagai perkara yang ada hubungkait dengan beliau, Anwar terus menjawab,"…Agendadaily boleh cari cerita lain…saya tak perlu respon".

Pada soalan Agendadaily seterusnya berhubung kesediaannya berdepan dengan Ezam dalam satu pilihanraya kecil , Anwar berkata,"…you wakil UMNO…"
Wartawan Agendadaily menjawab,"…saya dari Agendadaily…"
Anwar terus sambung,"…saya tahu (soalan) itu berbayar…cari soalan lain."
Sejurus sidang akhbar selesai kedengaran beberapa orang rakan wartawan lain berbisik sesama sendiri tentang cara Anwar mengelak untuk jawap kenyataan Ezam. Seorang lagi rakan wartawan ketika ditanya pandangannya tentang hal itu berkata,"dia kata dia orang hebat, takkan soalan macam itu pun tak mahu jawab.

“Tak patut sangatlah tuduh orang macam itu…apakah dia nak soalan-soalan yang boleh dia balun kerajaan je…kalau begitu jangan memekak sana sini kononnya dia begitu prihatin tentang kebebasan akhbar. "
Malah seorang wartawan lain secara sinis menyindir mungkin juga Anwar ‘ada bayar’ kepada sesetengah wartawan untuk tanya soalan-soalan yang memihak padanya hingga beliau jadi syak wasangka dan amat prejudis pada soalan yang dianggap kritikal. Untuk rekod wartawan Agendadaily pernah tanya soalan-soalan ‘ yang orang hendak tahu jawapannya’ lebih lazer lagi dalam sidang media para pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ini termasuk bertanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu duduk disebelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masa sidang akhbar lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini apakah pendiriannya jika beliau mendapat pencalonan yang mencukupi kuota untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Soalan itu dan jawapan Najib kemudianya telah menjadi ulasan hangat dalam media,laman web dan blog. Sayangnya Timbalan Perdana Menteri tak kata pun, “ ini soalan yang dibayar oleh PKR ke ? ”

Juga kita ingin membawa pada satu insiden lain iaitu sidang akhbar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail di lobi bangunan Parlimen selepas beliau dan Nurul Izzah menemui Perdana Menteri sejurus isu dakwaan liwat Anwar berbangkit. Ini berhubung dengan dakwaan adanya ancaman bunuh keatasnya. Soalan Agendadaily pada Wan Azizah ialah apakah bukti-buktinya wujud ancaman bunuh yang didakwa itu. Presiden PKR itu nampak tidak begitu senang pada soalan berkenaan dan memberi alasan insiden mata lebam Anwar yang berlaku masa kes 1998 bagaimana keselamatan suaminya tidak terjamin. Setakat tidak senang satu hal… tetapi entah apa yang dirungutkan oleh Wan Azizah pada Anwar kemudiannya...Wallahualam. Ini bila mana pada malam itu semasa berucap di satu perhimpunan di Stadium Malawati,Shah Alam Anwar secara terbuka ada kata satu dua orang wartawan “ biadap ” pada isterinya pada hari itu dan mengajak mereka berdepan dengannya.
" Saudara jangan terperangkap, memang ada pencacai-pencacai mereka dalam media, tidak ramai...satu dua...bahkan hari ini cukup biadap pada Azizah...saya nak beritahu pada mereka, kalau kamu benar dan berani...kamu berhadapan dengan saya, jangan ganggu isteri dan anak saya ," itulah katanya . Pada andaian kita kalau ‘hari ini’ mana ada lain selain semasa sidang akhbar itu. Kita tertanya-tanya pada waktu dan ketika mana yang kita bersikap ' biadap ' pada Wan Azizah dan Nurul Izzah. Ramai para wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu boleh menjadi saksi. Soalnya kalau kita ni jenis penakut kita tidak akan hadir mana-mana sidang akhbarnya selepas itu apalagi menganjurkan debat antara beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Julai lalu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Apakah beliau sengaja gembar gembur cakap begitu semata-mata untuk membakar semangat dan kemarahan kira-kira 10,000 orang para hadirin di himpunan itu? Apakah ini cara beliau ‘mewarnai’ sesuatu hal agar orangramai bersimpati padanya? “Biadap’’ itu istilah apa Pak Sheikh ? …sedangkan soalan wartawan Agendadaily semasa di ruang lobi parlimen cuma nak tanya apakah bukti ancaman bunuh itu. Ini kerana semua orang tahu Anwar bebas berceramah ke sana ke mari di seluruh negara dan tidak pernah dengar pun ada cerita tentang ancaman bunuh sebelum ini. Hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali,Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Johari Abdul,Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution dan Bendahari PAS Dr Hatta Ramli. Mungkin mereka boleh buat satu kenyataan akhbar untuk mempertahankan tindak tanduk Anwar dalam soal yang satu ini….apakah sekadar soalan yang semua orang nak tau jawapannya itu…boleh ditakrifkan sebagai ‘ biadap ’ ? Bagaimana YB Nurul Izzah…? adilkah soalan itu boleh ditakrif sebagai ‘ biadap' ?. Juga untuk rekod wartawan Agendadaily tidak pernah bersikap biadap atau kurang ajar pada sesiapapun tak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang dalam mana-mana sidang akhbar sebelum ini. Kalau benar seorang wartawan bertanya sesuatu soalan yang dikira kurang disenangi...selari dengan istilah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka satu perbuatan biadap '...maka kita semua surrender ...angkat tangan dan mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah satu-satunya parti ' yang paling adil ' dalam dunia ini. Mungkinkah kerana ' keadilan ' itu juga sebelum ini satu per satu bekas pemimpin dan orang kuat Pak Sheikh yang cabut keluar dari PKR ? Ezam,Nallakaruppan,Dr Chandra Muzaffar,Abdul Rahman Osman,Anuar Shaari atau lain-lain tolong jawab . Juga Pak Sheikh mungkin lupa kami-kami ni adalah antara saksi hidup yang melihat sendiri siapa dan siapa yang ' diatur ' jadi bos-bos di media arus perdana masa Pak Sheikh Timbalan Perdana Menteri dulu. Tak payahlah kita pergi jauh hingga bawa cerita berita siapa dan siapa yang dipinggirkan dalam media arus perdana waktu Pak Sheikh amat berkuasa tu. Jadi kalau Pak Sheikh nak cakap tentang kebebasan media...ada kawan-kawan wartawan seangkatan yang kata... ' Oh my God '. Atau mungkin juga kita kena memetik kata-kata keramat Tun Dr Mahathir Mohamad....'
' Melayu mudah lupa '- 29/7/2008

Monday, July 28, 2008

ANWAR BERTANDING DI KULIM BANDAR BAHARU?





DSAI telah menyatakan kesediannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil untuk membolehkannya masuk ke Parlimen. Anwar begitu yakin yang dia akan memenangi pilihanraya kecil ini dan akan masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Persoalannya yang timbul ialah kawasan mana yang akan ditandingi oleh Anwar dan Ahli Parlimen mana dari Pakatan Rakyat yang akan menjadi mangsa terpaksa mengosongkan kerusi bagi memberi ruang kepada Anwar Ibrahim bertanding?




Mengikut perkiraan Anwar mungkin akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak. Ini kawasan yang sangat sesuai kerana penyandang kerusi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah pastinya harus mengosongkan jawatan tersebut kesan dari kesibukkannya sebagai Menteri Besar Selangor. Penduduk Bandar Tun Razak pasti terabai kini kerana Tan Sri Khalid perlu mengutamakan tugasnya yang lebih besar di peringkat negeri.

Namun, perkiraan baru timbul menyatakan Anwar akan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu. Untuk makluman kerusi tersebut di sandang oleh Zulkifli Nordin dari PKR. Zulkifli Nordin merupakan salah seorang peguan Anwar dalam kes liwat 10 tahun yang lepas dan setakat ini dia tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat negeri mahupun pusat.

Persoalanya kenapa Anwar berubah keputusan hendak bertanding di Kulim Bandar Baharu?..Adakah Anwar tidak yakin dengan pengundi di Bandar Tun Razak?..Jika mendengar dari ucapan dan ceramahnya, dia begitu yakin untuk menang dan tidak kisah untuk bertanding di mana sahaja. Inilah seorang pemimpin yang sentiasa bercakap penuh dengan retorik..Anwar telah mengabui mata rakyat dengan kebolehannya berpidato. Percakapanya penuh dengan retorik dan berbunga-bunga. Jika dilihat faktanya terlalu sedikit, kebanyakkannya hanyalah janji-janji kosong yang ditabur kepada rakyat.

Jika Anwar yakin dengan sokongan rakyat kepadanya selama ini, sepatutnya Anwar tidak teragak-agak untuk bertanding di mana-mana sahaja kawasan. Kita cabar Anwar untuk bertanding di Bandar Tun Razak kerana pastinya penduduk di situ terabai kerana Tan Sri Khalid terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor..

Kerajaan UMNO dan PAS di Perak?


Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali (Bekas MB Perak) menyatakan secara terbuka dalam Buletin Utama TV3 pada 28 Julai 2008 tentang kesediaannya untuk menubuhkan kerajaan campuran BN dan PAS di Perak. Tajol Rosli bersedia mengekalkan Nizar selaku MB Perak. Semuanya demi kepentingan bersama orang Melayu di Perak. ''Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.” Kata Nizar bila diminta mengulas tentang pelawaan Tajol Rosli. Mengapa Nizar tolak sedangkan Tajol sanggup bertolak ansur tentang jawatan dan pangkat? Adakah Nizar masih lagi terikat dengan Perjanjian Pangkor 2?Pada 28 Julai 2008, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah) telah memberi amaran kepada DAP agar jangan mencampuri urusan PAS untuk berbincang dan bermuzakarah dengan UMNO. “Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang,” katanya ketika mengulas kenyataan, Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 27 Julai yang mahu Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan PAS, berikutan tindakan PAS mengadakan rundingan dengan UMNO demi perpaduan Melayu.
(Gambar: Apakah yang membuatkan Nizar menolak pelawaan Tajol Rosli? Adakah Karpal masih lagi pengaruhi Nizar? Jika Nizar enggan bersatu, Karpal akan terus mentertawakan Nizar dan PAS di Perak). Ada penganalisis politik menyatakan bahawa ikatan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat hanyalah seperti menyewa rumah. Tiada perjanjian dan persefahaman yang kukuh. Bila PAS mahu keluar dari rumah sewa untuk bersama UMNO, ianya ditentang keras oleh DAP dan PKR. Mengapa DAP dan PKR begitu mengharapkan PAS dalam Pakatan Rakyat? Tidak lain dan tidak bukan kerana sokongan orang Melayu dalam Pakatan Rakyat hanyalah bergantung kepada PAS semata-mata. Namun bila PKR dan DAP menang di Penang, Perak dan Selangor mereka lupakan PAS, pinggirkan PAS dan hanya mempergunakan PAS sahaja untuk mencapai sesuatu matlamat.“Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam UMNO pun ada masalah politik, dalam pakatan pembangkang pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat. Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik,” kata Khalid Ibrahim (MB Selangor). Apakah kebajikan orang orang PAS dijaga dengan baik oleh Khalid di Selangor? Bila salah dan program cacat cela kerana aksi “P” oleh Carburetor Dung, jentera PAS yang dipersalahkan bukannya urusetia PKR.
(Gambar: Jika Nik Aziz setuju bergabung dengan UMNO, apakah Nizar akan mengingkari Tok Guru?). PAS pernah berganding bahu bersama UMNO dalam BN pada 1970 hingga 1978, 8 tahun lamanya PAS dan UMNO bersama. Setelah hampir 30 tahun bercerai, kini PAS akan bersatu kembali dengan UMNO. PAS nampaknya sudah tidak bersikap keras hati lagi seperti hati Revolusi Iran 1979.Ini kerana, jika lambat bersatu, orang lain akan bertepuk tangan gembira PAS dan UMNO tidak bersatu. Mereka yang berkenaan akan lebih besar kepala di atas Tanah Melayu ini, jika muzakarah ini tidak berjaya. UMNO dan PAS akan ke Jakarta pada November ini dalam satu persidangan khas kesepakatan penduduk di Nusantara. Sebelum pergi ke Jakarta, elok rasanya masalah kesepakatan Melayu di Tanah Melayu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum November lagi.AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Malaysiakini pada 27 Julai 2008, mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh Mohd Osman Abdul Hamid (Doktor Hospital Pusrawi) yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan. Laporan itu menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa. Saiful Bukhari dikatakan menjalani pemeriksaan di Hospital Pusrawi terlebih dahulu sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu Datuk Dr Abdul Latif (Timbalan Menteri Kesihatan menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful adalah berniat jahat bagi beri gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. “Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya. (Gambar: Laporan yang didakwa oleh Malaysiakini). Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah . Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit. Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh dedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.Menurut satu sumber yang rapat dengan Saiful Bukhari, beliau mempertikaikan kesahihan laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful. Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, ia bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan. Katanya, jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah. Baca sumber asal di Agendadaily.com
Posted by azrinizam at 3:57 AM 2 comments
Monday, July 28, 2008